Ramadhan Hampir tiba..bermakna tidak berapa lama lagi kita akan menyambut raya.Ketibaan hari raya memang di nanti oleh semua umat islam..di hari inilah semua saudara jauh dekat akan berkumpul..bertanya kabar, bermaaf-mafaan..berkongsi cerita dan segalanya.tetapi bagi aku kedatangan raya membuat aku merasa sedikit terharu dan sedih...kerana tiada lagi tangan tua yg akan ku cium di pagi raya....tapi ini sudah lumrah alam..yg hidup pasti akan kembali..termasuk diri kita sendiri, hanya masa yg akan menetukan bila ..
“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka apabila Telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-A’raf: 34)
Perjalanan selama 12 jam dari Subang Jaya ke Kota Bharu Kelantan pada cuti tahun baru (1/1/2010) tidak dapataku lupakan dan meninggalkan kenangan yang amat manis dan paling berharga dalam hidup aku. Perjalanan yang panjang itu (12jam) memberi peluang terakhir untuk aku besama ibu tercinta.( hanya kami berdua). Sepanjang sisa hari itu,aku bercerita bersama ibu berbagai kesah suka duka kami sekelurga sejak aku dizaman anak-anak sehinggalah aku di usia bagini.Perjalanan kami mengambil masa yang lama daripada biasa ( perjalanan biasa antara 6-7 jam)disebabkan kami banyak singgah2 dijalanan.Sepanjang perjalanan aku tidak lupa merdoa memohon semuga semuanya selamat'
Dari awal aku telah jelaskan pada ibu, dalam perjalanan ini ibu boleh ‘request’ kemana sahaja ibu hendak pergi ( sepanjang perjalanan dari kuala lumpur ..melalui pahang, terangganu dan kelantan) dan ibu dengan senyum gembira memberi aku nama2 tempat dan rumah siapa yang ibu mahu lawati dan ziarah, (saudara,sahabat dan kenalan ibu)di sepanjangan perjalanan itu nanti.Perjalanan tersebut sebenarnya tidak di senangi oleh anak-anak ku kerana mereka khuatir adakah aku mampu untuk memandu sejauh itu tampa ada yang membantu ini di sebabkan aku tidak pernah memandu sendirian jika perjalanan mengambil masa yang agak lama, namum bagitu aku yakinkan pada anak-anak ..yang aku ‘boleh’, dan hanya untuk nenek..benarkan mama bersendirian dengan nenenk ..hanya untuk sekali ini sahaja..insyallah!.Aku pun tidak faham kenapa aku sanggup dan bersetuju dengan cadangan ibu.Pada kebiasan nya ibu lahorang yang paling risau sekiranya aku memandu sendirian.
Setiap 2 jam dalam perjalanan aku akan berhenti untuk “merehatkan” beliau.(makan,minum, solat dan sebagainya).Untuk kesesuatu tempat ( ke tandas atau ke tempat makan) aku akan memimpin tangan ibu kerana langkah-langkah beliau sudah tidak sekuat dulu.Dikala aku memimpin tangan ibu,ingatan aku kembali pada saat sewaktu kecil dahulu di mana rumah nenek sebelah ibu berhampiran sungai ( sungai setiu) .Ibu akan memimpin tangan ku setiap kali aku melintasi jambatan gantung yang merentangi sungai untuk kemana-mana dan jambatan itulah yang menjadi nadi pergerakan penduduk setempat untuk aktivitiharian mereka,dan juga tangan yg sedang aku pimpin inilah juga yg dahulunya yang pernah menyuapkan aku makanan, memandikan aku, memakaikan baju, membelai dan memeluk aku ketika aku dalam kesdihan , dan yang sentiasa dan tidak pernah jemu menadah tangan berdoa untuk aku, sekarang tangan itu bagitu menyentuh hati aku, dengan penuh kasih sayang aku mengenggam erat pergelangan tangan nya dan tampa aku sedari air mata mengalir di pipi.Aku palingkan muka kearah lain agar tidak ternampak oleh ibu.
Aku masih ingat di saat akhir engkau mahu meninggalkan rumah ku tempoh hari, engkau meminta cucu-cucu mu memimpin mu untuk naik ketingkat atas rumah ku kerana engkau mahu melihat setiap bilik dan ruang dibahagian tersebut.Engkau pergi kesetiap ruang dan sudut rumah ku (luar dan dalam) sambil berkata..inilah kali terakhir mak melihat rumah Su ( my nick name).Aku kehairanan ketika itu tetapi aku malas nak melayan pekara yang bukan-bukan.
Apa yang mengembirakan hati aku , pemergian mu ibu untuk menemuai tuhanmu dalam keadaan yang sempurna. Tampa mengalami apa-apa kesakitan ( uzur) dalam keadaan yang sihat engkau dijemput pada sepertiga malam (malam jumaat 5/2/2010)), dengan kedua-dua tangan mu siap sedia memeluk tubuh mu ( seperti dalam solat) dan kepala mu mengadap kiblat.Kedudukan mu seolah-olah engkau sudah bersedia untuk malaikat maut mengambil nyawa mu.Lebih mengejutkan aku dan ahli keluarga mu, engkau rupanya telah menyediakan segala keperluan dan peralatan untuk urusan pengkebumian mu.Tapi aku sedikit terkilan kerana pemergian mu tampa ditemani oleh sesiapa dan engkau bersendirian ketika didatangi mailikat maut… aku masih ingat kata-kata mu..dalam keadaan apa sekali pun kita akan menghadapinya “sendirian”
Rupanya ibu, aku tidak peka dengan beberapa tanda-tanda yang telah engkau tunjukkan. Semasa aku menghantar mu pulang tempoh hari engkau meminta aku belikan mu “kain kapan” alas an nya engkau tidak mahu menyusahkan sesiapa bila tiba hari kematian mu dan aku memarahi mu dan tidak menunaikan permintaan mu. Maafkan aku ibu!!!.
Dua hari sebelum kematian mu, engaku menghubungi aku ..’mak saja nak telipon sebab nak habiskan credit telipon ni”… dan ibu , aku berjanji dengan mu untuk pulang menemuni mu dua hari selepas itu ( hari kematian mu).Aku juga di maklumkan oleh abang long.. ibu meminta dia menghantar mu ke rumah saudara mu ( yg tidak pernah engkau pergi) pada pagi jumaat tersebut( hari kematian mu) dan engkau telah sediakan bag pakaian mu. Di hari kematian mu, aku melihat bag pakaian mu berada di tepi katil mu dan di dalam nya tedapat sebiji bantal kecil. Untuk apa bantal tu ibu ? ..tapi ibu, bantal kecil mu itu telah diambil oleh cucu kesayangan mu ( anak sulung ku).
Masih terbayang di ruang mata ku..di hari aku melangkah pulang ke Kuala Lumpur tempoh hari (7/1/2010), seperti biasa selepas bersalam kita berpelukan dan bemaaf-maafan, sambil berjalan ke kereta aku sempat menoleh ke belakang , dan sempat melihat engkau sedang menyapu air mata mu, aku biarkan engkau sendirian dan meneruskan langkah ku ke kereta sebab aku tidak mahu ‘mood’ aku terganggu dengan kesedihan mu kerana aku harus menempuh perjalanan yang jauh berseorangan..Namum engkau sempat berpesan…”hati-hati memandu, kalau penat atau mengantuk , su berhenti ye..”.
Aku terkilan ibu, di mana dua permintaan mu tidak dapat aku turuti kerana aku tidak tegar untuk melawan kehendak ahli kelaurga yang lain.Pesan mu untuk tidak mengadakan kenduri arwah (tahlil )dan minta jenazah mu di kebumikan di kampong asal mu tidak dapat aku laksanakan( di Setiu ,Terangganu).Sesungguhnya ibu,. setibanya aku di kampong (Kelantan), tempat bersemadi mu telah siap disediakan, dan pada malam pemergian mu, selepas tahlil pertama engkau telah menyelma dalam mimpi anakku yang bongsu sambil mengusap2 rambut nya dan dari apa yang cucu mu faham...seakan engkau membantah kenduri tahlil yang diadakah pada malam tersebut....maafkan aku sekali lagi ibu!!!
Balik dari kampong aku mencari buku dan melayari website yang berkaitan untuk mencari fakta yang berkaitan dengan hukum mengadakan kenduri arwah(tahlil)..banyak munaffatnya internet ni kepada kita jika di gunakan dengan cara yang betul.maklumat yang aku dapat(juga rujukan dari salah seorang kawan kerja di UIA Gombak), bahawa Nabi tidak melakukannya, bererti
bid`ah? (mohon maaf kalau pengetahuan saya mengenai hal ini salah).
Firman Allah surat An-Najm: 38-39
“Bahawasannya seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain dan bahawasannya seseorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya”.
Surat Al Baqaraah 286; “Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya”.
Ayat-ayat diatas adalah sebagai jawapan nya..kenapa ibuku tidak membenarkan ahli keluarga menbuat tahlil untuk nya.Jelas lah kata beliau kepada ku..seperti mana yang disebutkan dalam hadis ;”Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang sholih yang mendoakan untuk nya dan ilmu yang bermanfaat sesudahnya”.
(HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi).
Namum ibu, aku pasrah dengan pemergian mu. Selama lebih satu bulan engkau bertandang ke rumah ku dan bemesra buat terakhirnya dengan aku dan anak2 ku. Ketika itu segala kerenah mu aku layan, segala kehendak mu aku turuti, apa saja makanan yang engkau minta aku sediakan, kemana sahaja engkau ingin pergi aku turuti,dan kini, setelah pemergian mu ,aku tidak sedikit pun merasa terkilan kerana aku cuba sedaya upaya memenuhi segala permintaan mu. Gerak hati aku seakan tahu, mungkin itulah kali terakhir aku mengabdikan diri ku untuk orang yang bertanggungjawab melahirkan aku ke dunia ini.
"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil."
Ibu..
mengenangmu begitu syahdu..
mengenangmu begitu sendu..
kala ku tersedar,
kau telah tiada dari sisiku.
hingga kita berjumpa nanti di akhirat..
mengenangmu begitu syahdu..
mengenangmu begitu sendu..
kala ku tersedar,
kau telah tiada dari sisiku.
hingga kita berjumpa nanti di akhirat..
Dunia ini memiliki banyak keajaiban, Segala ciptaan Allah yang begitu agung; Tetapi tak satu pun yang dapat menandingi Keindahan ibu…Tidur lah dengan aman dan bebahagialah engkau di sana, Insyallah bila tiba saat dan ketikanya aku juga akan mengikuti jejak mu..hingga kita berjumpa nanti diakhirat…Amin
Al-Fatihah!
No comments:
Post a Comment